Recent

ads here

Barang Siapa yang Kuat, Dialah yang Akan Menang

advertise here
Hanya yang kuat akan menang
Hanya yang kuat akan menang
Di kala tengah hutan belantara.

Mata sedang menanti. Saat yang pasti.

Advertisement
Di mana apabila ia menerkam, kelaparan dapat ditewaskan buat semantara.

Dan hanya yang kuat.

Kuat menunggu.

Kuat untuk mengejarnya.

Kuat untuk mengalahkan si mangsa. Maka dialah juara.

Oleh kerana yang kuat itu datang daripada...

Pengalaman

Apa yang dialami sering kali.

Hari demi hari.

Menguatkan diri. Sehingga ke peringkat bisa menjadi biasa.

Di saat itu, kuat itu pasti.

Hanya yang pasti akan menang.

Namun...

Tiada Apa yang Pasti

Walaupun beribu tahun berlalu.

Pengalaman setinggi gunung.

Sekuat mana pun.

Pasti diri akan sedar.

Ada lagi yang kuat dari diri ini.

Ada lagi yang lebih bisa dari diri ini.

Oleh itu.

Pilihlah tempat yang memberikan kelebihan kepada diri.

Agar berada di posisi yang kuat.

Kerna apa yang kuat bagi seseorang itu, lemah bagi yang lain.

Kenalilah potensi diri.
BERIKAN KOMENTAR ()