Recent

ads here

Berfikir 2 Sisi

advertise here

Good and bad.
Dalam hidup kita ini, sekurang-kurangnya kita diberi 3 pilihan.

Sama ada kita mahu hidup miskin, biasa atau kaya. Ia terpulang kepada diri sendiri.

Dan sebelum kita nak membuat sesuatu keputusan, berfikir dahulu 2 sisi.

2 Sisi

Advertisement
Sisi pertama: Yang terbaik.

Sisi ke-2: Yang terburuk.

Katakanlah, si A mahu ambil hutang RM 10,000 sebulan sebab nak bayar kereta, oleh kerana kalau lambat bayar kereta kena tarik.

Dan ambil masa 60 bulan (5 tahun) untuk langsaikan hutang tersebut (setiap bulan bayar balik kepada peminjam sebanyak RM 288).

Kita bayangkan situasi yang terbaik:

Hutang habis bayar dengan mudah, hutang kereta pun dah habis dan hidup gembira.

Sekarang, kita bayangkan pula situasi yang terburuk.

Hutang lambat bayar, kereta pun belum habis bayar dan hidup masih lagi menderita.

Ok. Sekarang kita dah nampak apa yang akan berlaku sekiranya kita ambil hutang RM 10,000.

Tetapi, bagaimana pula kalau kita tak pinjam RM 10,000.

Apakah yang akan berlaku?

Yang terbaik:

Kereta tak kena tarik dan hidup gembira. Tak perlu bayar hutang RM 10,000.

Yang terburuk:

Kereta kena tarik dan hidup susah nak pergi kemana-mana lagi menderita.

Ini sekadar mengagak sahaja. Mungkin ia terjadi mungkin tidak. Kita sekarang melihat kepada pilihan-pilihan yang ada.

Ok.

Sekarang ini, apakah pilihan yang terbaik?

Nak pinjam RM 10,000 atau tidak?

Atau kita jual sahaja kereta lagi senang?

Atau lain? Atau ada lagi pilihan yang lebih baik kita tak nampak?

Kalau minta tolong keluarga? Tak boleh sebab keluarga pun susah.

Ini jawapan saya: Tukar kereta dengan kereta second-hand.

Sebab? Kereta adalah liabiliti.

Daripada Penulis

Ini sekadar permainan untuk minda. Kalau minda kita dah lama tak guna, lama-lama jadi karat.

Harap ia membantu.

Dan jangan lupa nak have fun.

PS: Sebab itu kita perlu fikir masak-masak yakni 2, 3, 4, 10 langkah kehadapan untuk melihat apa yang akan berlaku. Dan jangan risau kalau tersilap buat keputusan. Yang penting kita belajar daripada kesilapan.
BERIKAN KOMENTAR ()