Recent

ads here

Soalan = Jawapan

advertise here
Tanya soalan yang betul maka?

Kita dapat soalan yang betul.

Kenapa?

Kenapa perlu tanya soalan yang betul?

Kenapa tak tanya soalan yang biasa-biasa sahaja?

Sebabnya...

Untuk Tukar Fokus Kita

Formulanya:

Soalan > Fikir > Emosi > Tindakan = Hasil.

Apabila kita tanya soalan yang betul maka fokus kita mula berubah.

Persepsi kita mula melihat ruang yang berbeza.

Lantas berada di dalam dunia yang unik lagi baru.

Kalau kita tanya soalan yang kita selalu tanya? Maka kita akan dapat soalan yang kita selalu dapat.

Andai kita soalan yang positif? Maka kita akan fikir perakra positif, berasa emosi positif, melakukan tindakan positif seterusnya mendapat hasil yang positif.

Nampak?

Persoalannya...

Bagaimana mahu tanya soalan yang betul?

Kuncinya: Kenal-pasti apa kita mahukan dengan jelas.

Andai kita naik teksi dan kata mahu pergi KL.

Abam teksi itu akan kata, yelah KL di mana?

Kalau kita kata KLCC maka kita sudah nampak destinasinya.

Betul?

.

Untuk jelas apa yang kita mahukan dengan nampak terlebih dahulu apa yang kita mahukan dalam minda kita.

Lagi jelas gambarannya, lagi mudah untuk kecapinya.

.

Sekiranya itu juga susah untuk difikirkan, maka tanya apa yang kita tidak mahu.

Maka terbalik sahaja apa yang kita tidak mahu kepada apa yang kita mahu.

Contoh:

Tak nak tak cukup duit > Tukar > Nak cukup duit melebihi keperluan harian.

Jelasnya ia apabila kita mula nampak:

  • Bila.
  • Berapa.
  • Di mana.
  • Perasaan kita apabila sudah mencapainya.
  • Dengan siapa.
  • Warna.
  • Rasa.
  • Dengar.
  • Alami.


Sepentingnya, imbas kembali memori kita dan tulis di dalam kertas apa yang kita mahu.

Dan ubah memori tersebut dengan perbaiki yang mana tidak bermanfaat dan tambah/tukar yang mana perlu.

Setelah itu kita sudah jelas.

Memori adalah senjata yang paling bahaya kerna ia boleh membinasakan diri kita atau memajukan diri kita.

.

Kuiz: Bilakah kali terkahir anda benar-benar bahagia?

Tulis jawapan di komen.

Terima kasih. ^_^
Advertisement
BERIKAN KOMENTAR ()