Semua orang tahu apa yang mereka buat.
Sesetengah orang tahu bagaimana.
Hanya segelintir sahaja yang faham kenapa dia buat apa yang dia buat.
Persoalannya...
Tak ramai tahu kenapa dia buat perkara yang dia buat.
Main ikut buta tuli sahaja.
Seseorang yang bijaksana lagi 'rule breaker' dia tak akan sesuatu perkara hanya kerana dia disuruh.
Soalan pertama yang dia akan tanya, "Kenapa kau suruh aku buat benda tu? Kenapa kau tak buat sendiri? Kenapa aku dan kenapa tak orang lain. Kenapa kita buat benda ni?"
Bila kita ikut orang lain buat, maka kita akan dapat orang lain dapat.
Kalau kita nak tiru, jangan tiru bulat-bulat. Oleh keran setiap orang mempunyai agenda yang berbeza.
Faham dulu kenapa dia buat apa yang dia buat, barulah kita tiru.
Tetapi, kebiasaannya...kita kena buat dulu orang lain buat barulah kita faham.
Sebab selagi kita tak alami sendiri, maka selagi itulah kita tak akan faham.
Hanya ada perkara kita boleh belajar daripada bacaan, seminar, buku, rujukan dan mentor. Dan hanya ada perkara yang kita boleh faham melalui pengalaman.
Pada akhirnya,
"Setiap apa yang berlaku atau tidak berlaku ada hikmah disebaliknya."
Sumber gambar.
Advertisement
