Kita datang di tempat yang sama. Kita pergi di tempat yang sama.
Bila masa kita sekolah. Kita diajar perkara yang benar dan perkara yang salah.
Namun, ketika dewasa apa yang dipelajari di arena persekolahan sudah tidak boleh digunapakai.
Oleh kerana, dunia sudah terbalik.
Kita fikir ia betul, sebenarnya ia salah.
Kita fikir ia salah, sebenarnya ia betul.
Tidak tahu apa jawapan yang pasti.
Yang pasti hanyalah Allah.
.
Dalam alam ini, tidak ada yang betul atau salah. Cuma fikiran kita melabelkan begitu.
Segala-galanya adalah neutral. Semula jadi. Tidak ada yang baik mahupun yang buruk.
Mungkin kita berbuat baik. Tetapi diperli.
Mungkin kita berbuat jahat. Tetapi dihina.
Jikalau kita dengar kata-kata tersebut, kita kalah.
Sebab tiada yang benar.
Yang benar hanyalah Allah.
.
Ada hikmah mengapa Allah suruh berbuat demikian.
Ada hikmah mengapa Allah suruh menjauhkan segala larang-Nya.
Hanya orang yang mengerti lagi memahami segala apa yang diperintah-Nya, barulah kita sedar.
.
Datang dan pergi.
Dari tempat yang sama, menuju ke destinasi yang sama.
Dalam hidup kita terlalu banyak laluan untuk dipilih.
Tidak tahu mana yang terbaik untuk kita.
Tidak tahu yang mana memberikan redha serta rahmat-Nya.
Maka, memohonlah pentunjuk daripada-Nya.
Pada akhirnya,
"Taqwa adalah jawapannya."Sumber gambar.
Advertisement
